suria

Enam kes baharu positif Covid-19 direkodkan, angka kematian kekal 121

Seorang petugas kesihatan merawat seorang pesakit Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN kes Covid-19 di Malaysia merekodkan enam kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,596 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 244 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada enam kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Beliau menambah, daripada empat kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Setakat Rabu, 45 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,231 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain