suria

Wanita berusia 96 tahun korban ke-120, Malaysia catat 43 kes baharu positif Covid-19

Malaysia mencatatkan 43 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 43 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,445 kes setakat Sabtu.

Daripada 43 kes baharu yang telah dilaporkan, lima kes merupakan kes import dan daripada 38 kes penularan dalam negara, 23 kes melibatkan individu bukan warganegara manakala 15 kes rakyat tempatan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,014 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 33 kes baharu, wanita 85 tahun meninggal dunia di rumah disahkan korban ke-119 Covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 120 kematian.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 120 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Sehingga hari ini, 143 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 7,311 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, empat kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan perincian kes kematian terbaharu:

- Kes-120 (kes 8,403) perempuan warganegara Malaysia berumur 96 tahun, beliau meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah di bawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan saringan mendapati dia positif Covid-19. Punca jangkitan kes masih dalam siasatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain