suria

Harga runcit RON95, RON97 naik lagi

Penetapan harga itu diumumkan Kementerian Kewangan pada Jumaat petang.

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak lapan sen bermula tengah malam ini.

Menurut perincian harga terbaharu itu, RON97 naik daripada RM1.78 seliter kepada RM1.86 seliter.

Bagi RON95 pula, harga pada minggu lepas pada paras RM1.48 seliter naik kepada RM1.56 seliter.

Untuk diesel pula, harga runcit daripada RM1.63 seliter kepada RM1.73 seliter.

Harga runcit mingguan itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada Jumaat petang.

Perubahan harga itu ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

RON95, RON97, diesel, harga minyak

Artikel Lain