suria

Hanya 16 kes baharu, angka paling rendah setakat ini... tiada kematian direkodkan

Terdapat 16 kes baharu positif Covid-19 yang dicatatkan pada Selasa. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Selasa menyaksikan pertambahan 16 kes baharu, sekaligus merekodkan kes harian terendah yang pernah dicapai sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 6,742 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkini 70 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19 libatkan lelaki berusia 63 tahun

"Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,410 kes," katanya dalam sidang media harian Covid-19 ada Selasa.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 16 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import dan 13 penularan tempatan, dengan membabitkan sembilan kes bukan warganegara Malaysia.

Beliau juga memaklumkan tiada kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini direkodkan pada Selasa.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 109 kes," tambahnya.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, terdapat 16 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 110 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Selasa.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 5,223 kes," kata Dr Noor Hisham.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain