Janganlah kita benci kepada orang Rohingya, pesan Tun M

Dr Mahathir berkata demikian menerusi catatan terbaharu di laman blognya chedet.cc.

JANGANLAH kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata beliau sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya sedangkan pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya dan golongan itu pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati tersebut.

“Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci, ” katanya.

Dr Mahathir menerusi catatan terbaru di laman blognya chedet.cc berkata, negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seharusnya bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar.

“Kita sepatutnya kecam Myanmar dan (Kaunselor Negara Myanmar) Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.

“Kita juga perlu meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia, ” katanya.

Negara ini, kata Dr Mahathir, telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian dan mereka sepatutnya pergi ke negara lain dan negara lain juga perlu buka pintu mereka. - BERNAMA.

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain