suria

Covid-19: Kes positif baharu 94, tiada kematian direkodkan

The IMR lab for processing of samples and deactivation of viruses prior to testing. -Art Chen/ The Star. 26 Feb 2020. Rep: SIRA HABIBU

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 94 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,945 kes setakat Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kematian direkodkan pada hari ini menjadikan kematian keseluruhan kekal 100 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 100 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Jelas Dr Noor Hisham, daripada 94 kes positif baharu, 72 merupakan kes import melibatkan rakyat dan pelajar Malaysia pulang dari Indonesia.

“Kes penularan tempataan bersamaan 22 kes saja,” katanya.

Setakat ini, seramai 40 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 18 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, seramai 55 pesakit Covid-19 dibenarkan discaj pada Rabu menjadikan kes pulih keseluruhan bersamaan 68.75 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Artikel Lain