suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu disenarai hitam, berstatus muflis layak mohon BPN, permohonan secara online bermula esok

Individu berstatus muflis atau disenarai hitam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi LHDN mulai esok. Foto: The Star

INDIVIDU berstatus muflis atau disenarai hitam layak untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) mulai Isnin (6 April).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi lembaga itu iaitu www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.

ARTIKEL BERKAITAN: “B40 terlebih dahulu terima bantuan, seterusnya M40” – Bayaran fasa pertama BPN mulai 6 April

"Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

"Bagi permohonan yang lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional," menurut kenyataan itu.

LHDN berkata kerajaan berharap bantuan tersebut benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukan dan dibelanjakan secara berhemah.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan permohonan BPN boleh diajukan kepada Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau media sosial rasmi LHDN iaitu: Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial. - Bernama

LHDN, Bantuan, Prihatin, Muflis, Senarai Hitam

Artikel Lain