suria

Istana Negara: Syed Saddiq pandu Myvi, Bersatu sokong Tun M

Syed Saddiq tiba di Istana Negara.

SEBAGAIMANA diumumkan pada Selasa, seramai 221 ahli Parlimen (MP) perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berperingkat selama dua hari.

Baki 132 MP dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini untuk menyatakan pendirian mereka dalam menangani kemelut politik yang melanda negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesi menghadap Agong: Namakan calon PM atau bubar Parlimen - MP

ARTIKEL BERKAITAN: Istana Negara: Zahid, Najib tiba dengan bas... GPS nyatakan sokongan penuh Dr M jadi perdana menteri

Sesi menghadap dan temu bual bersama ahli Parlimen secara individu di Istana Negara itu akan bermula jam 10 pagi ini dengan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Dalam pada itu, beberapa MP yang sudah menghadap baginda pada Isnin mendedahkan perlu mengisi satu borang dan memutuskan beberapa persoalan.

Menurut MP Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, mereka diberi dua pilihan sahaja dalam pertemuan itu.

"Kita ada dua pilihan sama ada menamakan seorang perdana menteri atau bubarkan parlimen," ujarnya.

Berikut perkembangan semasa di Istana Negara, pada Rabu:

Selesai 90 MP menghadap Agong bermula 2.30 petang Isnin, baki selebihnya dijadual menjalani sesi itu bermula 10 pagi ini.

Dr Mahathir tiba di Bangunan Perdana Putra, pagi Rabu. fotoBERNAMA.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menaiki kenderaan rasmi plat Malaysia 2020 meninggalkan kediamannya di The Mines Residence, Seri Kembangan sekitar 8.12 pagi melalui Pintu B.

Kenderaan dinaiki beliau tiba di Bangunan Perdana Putra pukul 8.25 pagi.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kediaman mereka di Bukit Segambut pada 9.18 pagi.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara pukul 9.38 pagi.

Bas dua tingkat dipercayai membawa Ahli Parlimen PKR memasuki Istana Negara pada 10.40 pagi.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dilihat memasuki kawasan Istana Negara pada jam 9.40 pagi.

Kenderaan dinaiki oleh Presiden Bersatu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pada jam 9.48 pagi.

Anwar dan Azizah dalam perjalanan ke Istana Negara.

Kenderaan Myvi yang dipandu sendiri Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Istana Negara sekitar 10.40 pagi.

10 buah kenderaan termasuk bas dua tingkat membawa Ahli Parlimen PKR dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 pada pukul 10.40 pagi.

Sekitar 11.50 pagi, Sebanyak 40 buah kerusi dan tiga meja makan disediakan oleh pihak istana bagi memudahkan urusan media yang menunggu di pintu 2 Istana Negara sejak awal pagi.

Turut kelihatan, sebuah van Milo membekalkan air Milo sejuk kepada pengamal media yang bertugas di hadapan pintu 2 Istana Negara hari ini.

Kenderaan yang membawa Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di pintu 2 Istana Negara jam 11:59 pagi ini.

Sekitar 12 tengah hari, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Rawa tiba di Istana Negara.

Turut tiba sekitar masa yang sama, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Dauk Seri Salahuddin Ayub.

Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan semua MP Bersatu untuk menyampaikan keputusan parti memberikan sokongan kepada Dr Mahathir.

Ahli Dewan Rakyat dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Lumut merangkap Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli tiba di Istana Negara pada pukul 12.00 tengah hari dalam sebuah kenderaan yang sama.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan untuk memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri.

Menerusi kenyataan media oleh Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin juga menyatakan kesemua ahli Dewan Rakyatnya telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pagi Rabu untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.

Sebuah bas dua tingkat membawa ahli-ahli parlimen PKR keluar dari Istana Negara melalui pintu 2 pada pukul 12.48 tengah hari Rabu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menjawab ‘No Comment’ apabila ditanya oleh Bernama mengenai apa yang dibincangkan dengan YDPA di Istana Negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena  Datuk Mahfuz Omar menjelaskan bahawa perbincangan bersama Yang di-Pertuan Agong adalah rahsia dan belum boleh dikongsi bersama media namun beliau berkata good news for Malaysia.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar tiba di kediaman ibu bapanya di Bukit Segambut pada 1.44 tengah hari ini.

Sebuah bas yang membawa ahli Parlimen daripada parti DAP tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada pukul 1.42 petang.

Antara yang dilihat berada di dalam bas adalah Ahli Parlimen Bakri  Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Puchong Goind Singh Deo.

Artikel Lain