suria

Akuan bersumpah (SD) hanya khabar angin

Saifuddin menyifatkan dakwaan yang mengatakan terdapat sekumpulan ahli Parlimen menandatangani SD bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal hanya khabar angin.

KHABAR angin! Demikian reaksi Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dakwaan yang mengatakan terdapat sekumpulan ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal.

Katanya, beliau ada membaca laporan berkenaan yang disiarkan Sarawak Report namun perkara itu tiada dalam pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tidak akan jadi perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang"

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur” - Dr Mahathir

"Tidak ada pengesahan (mengenai SD). Tidak ada sesiapa yang tampil (untuk mengesahkan)," katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saifuddin Nasution ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pemain industri mengenai impak Covid-2019 di Putrajaya pada Khamis.

Semalam, Sarawak Report memetik sumber mendakwa ahli Parlimen dari Umno, PAS, PPBM selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Ditanya sama ada beliau turut dipelawa oleh mana-mana pihak untuk menandatangani SD, Saifuddin Nasution berkata: "Setakat yang saya semak tidak ada pun. Bagi saya, ia hanyalah satu khabar angin." - BERNAMA

Artikel Lain