suria

Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus dianggar telah berjumpa 74 individu

Kelihatan orang ramai di sekitar Stesen Sentral memakai topeng penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). -foto Bernama

SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang baru pulang dari menghadiri mesyuarat di Singapura disahkan menjadi warga Malaysia pertama menghidap koronavirus.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lelaki itu telah bertemu dengan delegasi dari China, malah ada di antaranya datang dari Wuhan.

Selepas pulang dari Singapura, pesakit kemudian dikatakan telah pergi ke Sungai Petani bersama isterinya semasa cuti Tahun Baharu Cina, dan dalam masa yang sama menunjukkan gejala-gejala berkemungkinan dijangkiti koronavirus, lapor Sin Chew Daily.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia positif koronavirus

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus tak ke Kelantan semasa Tahun Baharu Cina

Disebabkan gejala yang ditunjukkan pada masa itu hanyalah seperti selesema biasa selepas dia mengalami demam dan batuk, dia hanya pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pada 23 Januari lalu.

Selepas itu, lelaki berkenaan merayakan Tahun Baharu Cina dengan keluarganya di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah. Mereka juga mengambil gambar keluarga bersama-sama.

Lelaki itu diasingkan di Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu, selepas dia disahkan positif koronavirus menurut WOB.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Dr Dzulkefly menerusi satu sidang media pada Khamis mengesahkan individu berkenaan tidak ke Kelantan sebagai mana dilaporkan.

Lelaki itu didakwa mempunyai kontak dengan 74 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh perayaan berkenaan. 

Sehingga Khamis, jumlah kumulatif positif koronavirus di negara ini dilaporkan ialah seramai 14 orang.

koronavirus, positif, kontak

Artikel Lain