suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendedahan rakaman perbualan Najib, Rosmah oleh SPRM - “Apa yang tidak beretika itu?”

Tun Dr Mahathir mengulas mengenai tindakan Latheefa yang mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi membabitkan Najib dan beberapa individu lain. Foto: Bernama

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi, tidak mempunyai perbezaan dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Beliau berkata, apabila serbuan dibuat antaranya di apartmen Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas ditunjukkan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dedah 9 rakaman perbualan konspirasi jenayah tertinggi babit Najib, Rosmah

“Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza... Kita tidak sembunyi pada orang ramai, sehingga sampai ada perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020, di Langkawi, malam Sabtu.

Beliau mengulas mengenai tindakan Latheefa yang mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi membabitkan Najib dan beberapa individu lain pada Rabu lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sabtu turut meminta agar Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu kerana ia mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk rakyat.

Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap sebagai tidak beretika, Dr Mahathir menjawab ringkas, “Apa yang tidak beretika itu?” - BERNAMA

Artikel Lain