suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter bermula tengah malam Jumaat.

HARGA runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Harga baru itu berkuat kuasa tengah malam Jumaat hingga 17 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.32 dan RM2.46 seliter.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik 2 sen harga RON97, RON95 dan diesel tidak berubah

“Ini menunjukkan penurunan daripada minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada di paras RM2.35 seliter, manakala kenaikan bagi diesel yang berada pada paras RM2.43 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol (PSP),”menurut  kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 11 Januari sehingga 17 Januari berjumlah RM122.85 juta.  - BERNAMA 

petrol, RON95, RON97, diesel

Artikel Lain