suria

Tergempar! 19 nama dalam 9 set rakaman konspirasi jenayah tertinggi negara

(dari kiri) Najib, Rosmah dan Dzulkifli.

SEKURANG-kurangnya 19 nama dan indvidu terbabit dalam keseluruhan rakaman percakapan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada sidang media tergempar, pagi Rabu. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya telah menerima sebanyak sembilan set rakaman berdurasi 45 minit percakapan, baru-baru ini.

Sebahagian daripada petikan rakaman tersebut merupakan perbualan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang mendedahkan maklumat siasatan mengenai kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: “MasyaAllah, saya dah tengok... macam nak menangis” – SPRM bongkar audio perbualan Najib, Rosmah dan Dzulkifli

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dedah 9 rakaman perbualan konspirasi jenayah tertinggi babit Najib, Rosmah

Latheefa berkata, kesemua rakaman percakapan yang didedahkan itu berlaku pada 2016 dan hasil siasatan mendapati ia adalah tulen.

“Kesemua sembilan set rakaman percakapan berkenaan diterima SPRM pada awal tahun ini.

“SPRM akan menyerahkan semua rakaman percakapan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, pagi Rabu.

Berikut adalah nama-nama yang dipetik menerusi rakaman perbualan yang didakwa mendedahkan konspirasi jenayah tinggi itu.

1. Tan Sri Dzulkifli Ahmad

2. Datin Seri Rosmah Mansor

3. Datuk Seri Najib Tun Razak

4. Tan Sri Abu Kassim

5. Tan Sri Gani Patail

6. Tan Sri Apandi Ali

7. Datuk Seri  Abdul Azeez Abdul Rahim 

8. Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman

9. Datuk Suboh Md Yasin

10. Nik Faisal Ariff Kamil

11. Datuk Abdul Aziz Ismail

12. Tan Sri Shukry Mohd Salleh

13. Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota UAE di Abu Dhabi

14. Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan

15. Khaldoon Al-Mubarak, Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC)

16. Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan, Presiden UAE

17. Riza Aziz

18. Amhari Efendi Nazaruddin

19. Azwan (Azwan Bro)

Artikel Lain