Tragedi awal pagi, lima maut kereta langgar bas - Semasa | mStar

Tragedi awal pagi, lima maut kereta langgar bas

Proton Wira Aeroback dinaiki lima pemuda terbabas dan melanggar sebuah bas awam di KM 1.7 Jalan Skudai-Pantai Lido berhampiran Istana Besar Johor, awal pagi Rabu. Foto ihsan JBPM

LIMA pemuda maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah bas awam di KM 1.7 Jalan Skudai-Pantai Lido berhampiran Istana Besar Johor, dekat Johor Bahru, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata kejadian kira-kira 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu kereta terbabit, yang berumur 18 tahun dan berasal dari Taman Setia Indah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kesemua empat penumpangnya pula iaitu Liew Hong Jun, Danny Law Yen Pin dan Ng Qi En kesemuanya berumur 18 tahun serta Kenny Law Chin Shyuan, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa akui dengar bunyi pelik 10 minit sebelum kemalangan bas di Turki 

“Kemalangan di jalan dua hala itu berlaku dalam keadaan cuaca baik, namun, permukaan jalan itu basah dan licin selepas hujan pada awal pagi tadi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira Aeroback dari arah pusat bandar menghala ke Skudai itu terbabas melanggar tembok pembahagi jalan sebelah kanan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar bas SKS Causeway Link dari arah Skudai menghala ke pusat bandar,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Shahurinain berkata kejadian turut menyebabkan kereta berkenaan berpusing dan terlanggar pagar Istana Besar Johor.

Beliau berkata pemandu bas, seorang lelaki berumur 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat kesemua mangsa dibedah siasat di HSA, tengah hari ini.

Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - BERNAMA

lima sekawan , kereta , bas , Istana Besar Johor

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain