Syed Saddiq jumpa pengasas Dego Ride - Semasa | mStar

Syed Saddiq jumpa pengasas Dego Ride

Syed Saddiq (tengah) mengadakan pertemuan dengan Nabil (kiri) di pejabatnya. Foto Twitter syedsaddiq

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj mengenai perkhidmatan teksi motosikal.

Syed Saddiq menerusi perkongsiannya di Twitter, memuat naik gambarnya bersama Nabil di pejabatnya, pada Selasa.

"Sebelum diharamkan oleh kerajaan lepas, Dego berjaya menggajikan lebih 1,500 mat motor. Gaji RM1,500-RM3,500.

"(Kira-kira) 85 peratus mat motor yang digajikan adalah anak muda," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian Dego Ride berbaloi, “Macam pemain bola berlatih tiap hari, lepas tiga tahun rasa gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: GoJek: Jangan ketepikan Dego Ride - Pengasas

Beliau menambah, Dego Ride menarik minat lebih 60,000 pengguna dalam tempoh tiga bulan selepas operasinya dilancarkan.

Dego Ride merupakan syarikat pertama yang melancarkan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia pada akhir 2016, tetapi dengan segera diisytiharkan haram oleh Kementerian Pengangkutan di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada Januari 2017, di atas faktor keselamatan.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, Anthony Loke membangkitkan keputusan itu pada September 2018, mengatakan bahawa perkhidmatan teksi motosikal tidak akan dibenarkan kerana kadar kemalangan motosikal yang tinggi.

Kini, perkhidmatan e-hailing itu berasaskan motosikal bakal dijadikan industri baharu di Malaysia, selepas penglibatan Syed Saddiq dalam mendapatkan persetujuan Kabinet untuk membenarkan perkhidmatan tersebut. - The Star

Artikel Lain