Malaysia tetap teruskan projek kereta terbang - Mohd Redzuan - Semasa | mStar

Malaysia tetap teruskan projek kereta terbang - Mohd Redzuan

Mohd Redzuan Md Yusof. Foto Bernama

MALAYSIA tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya sekalipun dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Prof Phillip Alston baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

"Kita terbuka kepada mana-mana pendapat untuk membangunkan projek itu … PBB mungkin punya pandangannya sendiri,” kata Mohd Redzuan pada sidang akhbar selepas melawat syarikat pembekal solution ICT berasaskan sekuriti, Datasonic Group Bhd di Petaling Jaya, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Alston mengenai projek tersebut bahawa ia tidak praktikal dilaksanakan di Malaysia, dengan alasan negara ini sering terdedah kepada ribut dan kenderaan itu akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fossil.

Alston dilaporkan berkata, projek kereta itu membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang kini mula terasa. 

"Projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira USD500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong,” tegas beliau. 

Prototaip kereta terbang itu sedang didirikan oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, dan kerja membina kereta itu kini 85 peratus siap. - Bernama

kereta terbang , Mohd Redzuan

Artikel Sebelum

Syed Saddiq jumpa pengasas Dego Ride

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain