suria

Doktor palsu ditahan didakwa cabul lebih 20 wanita

Lebih 20 wanita menjadi mangsa doktor palsu. Gambar sekadar hiasan

SEORANG doktor palsu ditahan polis di atas dakwaan mencabul lebih 20 wanita, dan dijangka didakwa di mahkamah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Azman Ab Rahman berkata, mereka menerima laporan mengenai dakwaan salah laku suspek sejak Januari lalu.

"Suspek akan menghubungi mangsa megenai ujian HIV dan memberitahu mereka bahawa mereka mempunyai penyakit lain seperti benjolan di payudara, kanser payudara, jangkitan darah, dan lemak dalam rahim mereka.

"Suspek kemudian akan memberi nasihat kepada mangsa dan mengajar mereka teknik dan latihan tertentu termasuk squat. Dia akan mengarahkan mangsa untuk menggosok bahagian sulit mereka dan menampar payudara mereka dan membuat bunyi sambil mengeluarkan kata-kata kasar," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 21 laporan polis dibuat terhadap suspek di seluruh negara.

"Di Selangor sahaja, empat laporan polis telah diserahkan dan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap orang lain.

"Susulan laporan itu, pasukan dari ibu pejabat polis Selangor menyerbu sebuah hotel di Klang pada 9 Julai lalu dan menahannya, kita juga merampas telefon bimbitnya," katanya.

Polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan wanita dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai doktor.

Azman berkata, suspek dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru. - The Star

doktor, palsu, cabul

Artikel Lain