suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit dakwa mangsa gangguan seksual pakar psikiatri, laporan polis dibuat

Seorang pesakit didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pakar psikiatri. Gambar sekadar hiasan

SATU laporan polis dibuat terhadap seorang pakar psikiatri di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang pesakit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan laporan polis diterima terhadap doktor tersebut.

"Kita sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dilaporkan Hospital Thomson Kota Damansara menamatkan perkhidmatan seorang pakar psikiatri susulan dakwaan itu.

Hospital itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia telah merujuk kepada pihak polis dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) untuk tindakan lanjut.

Menurut hospital itu, ia pada awalnya menggantung tugas pakar psikiatri tersebut pada 6 Julai lalu, sementara menunggu siasatan dalaman susulan aduan daripada pesakit.

Selepas siasatan dijalankan, pihak pengurusan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pakar psikiatri berkenaan, berkuat kuasa Isnin. - The Star

gangguan seksual, psikiatri

Artikel Lain