suria

Pegawai Anwar ditahan kes video seks Haziq?

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

PENGERUSI Perhubungan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dikenal pasti sebagai ahli politik yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung skandal video seks, yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut beberapa sumber, Farhash, yang merupakan setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan bersama dua lagi suspek di Pasir Gudang, Johor pada Selasa.

Farhash sebelum ini menggesa Azmin supaya meletakkan jawatan sekiranya terbukti beliau terbabit di dalam klip video seks tersebut.

Terdahulu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, bersama lima individu lain ditahan oleh polis, sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan berhubung kes berkenaan.

Haziq membuat pengakuan bahawa dia merupakan salah seorang daripada dua lelaki yang terlibat dalam aktiviti seks di dalam video, dan mendakwa seorang lagi adalah Azmin.

Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan itu.

Haziq pertama kali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Jun lalu, dan tiga hari kemudian polis menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes tersebut. - The Star

Artikel Berkaitan

Artikel Lain