suria

Video seks: Haziq dipecat SUSK timbalan menteri

Haziq Aziz.

HAZIQ Abdullah Abdul Aziz dipecat sebagai setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kementerian itu memberitahu, ia mengambil serius terhadap pengakuan Haziq yang tidak beretika berhubung video seks yang tular dikaitkan dengan seorang menteri.

"Kementerian memandang perkara tersebut sebagai satu pelanggaran nilai, etika, dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam.

"Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq Abdullah.

"Kementerian tidak akan bertolak ansur dalam sebarang soal perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej Kementerian. Dengan penamatan ini, pihak Kementerian tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan dengan Haziq Abdullah," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayalah individu bersama…” - Pemuda dikaitkan dalam video seks bersama lelaki didakwa mirip menteri buat pengakuan

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin dakwa video seks kerja jijik, komplot jahat jatuhkan karier politiknya

Kementerian menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq berkuat kuasa pada 18 Jun 2019.

Terdahulu, Kementerian itu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq berhubung pengakuan membabitkan video tersebut dan Haziq kemudian menjawab surat berkenaan.

Pada 13 Jun lalu, Shamsul berkata, Haziq digantung tugas serta-merta dan pihaknya telah mengeluarkan surat tunjuk sebab.

Rabu lalu, Haziq membuat pengakuan bahawa dia merupakan salah seorang daripada dua lelaki di dalam video seks yang tular.

Dia turut mendakwa seorang lagi individu di dalam tersebut adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin kemudian menafikan terlibat dalam video seks dan menyifatkannya sebagai komplot untuk menjatuhkan karier politiknya. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain