suria

Budak 2 tahun maut terkena kipas siling

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut terkena kipas siling. Gambar sekadar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat parah terkena kipas siling.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, ketika kejadian, mangsa dilabung oleh saudaranya semasa bermain di rumah mangsa pada Isnin lalu.

Susulan kejadian itu, ibu dan abangnya yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan itu membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat parah di kepala kerana hentakan trauma objek tumpul.

"Polis juga melakukan siasatan di rumah mangsa, yang terletak dekat Tasik Tambahan Ampang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 1.15 petang Selasa.

"Dia direman sehingga 25 Jun. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - The Star

maut, kipas

Artikel Lain