suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reman dua suspek kes bunuh ketua jururawat disambung

Allahyarham Siti Kharina Kamarudin.

TEMPOH reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin, disambung selama seminggu sehingga 29 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, bagaimanapun permohonan untuk menyambung tempoh reman suspek lelaki warga Nigeria pula akan dibuat pada Khamis di Mahkamah Sepang.

"Siasatan berhubung kes ini masih lagi dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, Rabu malam.

Pada 15 Mei, Siti Kharina, 40, dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Berikutan itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat kes itu, iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria dengan tempoh reman kesemua mereka akan berakhir pada Rabu.

Ketua Jururawat itu dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang hari yang sama. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain