Nahas akibatkan 11 maut, pemandu bas tersilap masuk susur bulatan

Kerja-kerja pengalihan bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) giat dilakukan pada Isnin. Foto Bernama

PEMANDU bas yang terbabit nahas sehingga mengakibatkan 11 kematian, termasuk dirinya tersilap masuk susur bulatan.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisoner Zulkifli Adamshah berkata, pemandu berusia 43 tahun itu sepatutnya mengambil susur masuk ketiga (arah pukul tiga pusingan jam) di bulatan, tetapi sebaliknya memasuki susur kedua (arah pukul 12 pusingan jam).

"Dia sepatutnya masuk pukul tiga yang menghala ke MAS Kargo, bagi menghantar pekerja-pekerjanya, tetapi dia tersilap masuk.

"Kemalangan berlaku kira-kira 200 meter dari bulatan. Kita menyiasat mengapa dia mengambil susur masuk yang salah, sama ada dia tersilap atau tidak," katanya ketika dihubungi di Hospital Serdang di Serdang, Selangor pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 maut ke tempat kerja, bas terjunam dalam longkang

Pemandu itu, yang merupakan warga tempatan terbunuh bersama 10 penumpang, termasuk lima lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Nepal dan tiga wanita warga Indonesia.

Selain itu, lima cedera parah, manakala yang lain cedera ringan dalam kejadian  pada pukul 11.10 malam Ahad di Jalan S8 Pekeliling, dekat MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

"Pemandu itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik di bawah namanya dan lesen memandunya adalah sah. Bedah siasat sedang dijalankan.

"Kita melihat semua aspek, termasuk keadaan bas dan pemandu, bagi menentukan punca nahas," katanya.

Ketika kejadian, bas tersebut membawa 43 penumpang yang merupakan pekerja kontrak MAS Kargo dari asrama mereka di Putra Nilai, Negeri Sembilan untuk ke tempat kerja.

Seramai 34 penumpang dihantar ke beberapa hospital, termasuk Hospital Kajang, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan. - The Star

bas, bulatan, Mas Kargo, Zulkifli Adamshah

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia