suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencemaran bahan kimia: Pemilik kilang bakal didakwa

Yeo Bee Yin,

PEMILIK syarikat tayar kitar semula di Kulai, Johor dijangka didakwa pada Khamis berhubung pembuangan toksik ke Sungai Kim di Pasir Gudang, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

"Pemilik itu berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000," tambahnya.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar akan memasang sistem pengesanan gas di sekitar Pasir Gudang bagi memeriksa kualiti udara di kawasan itu.

Beliau berkata, adalah penting untuk mengesan bahan pencemar toksik pada tahap berbeza dan juga sebatian kimia lain yang tidak diketahui.

Ditanya sekiranya keadaan beransur pulih, beliau berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah bahan kimia yang tidak diketahui.

"Kita telah mengesan sekurang-kurangnya lapan bahan kimia berdasarkan sampel kita.

"Masih ada lagi bahan kimia yang tidak dikenal pasti," katanya, sambil menambah bahawa Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan pemeriksaan terhadap 252 kilang bahan kimia selepas krisis tersebut berakhir.

Tambah beliau, apa yang penting ketika ini adalah melaksanakan operasi pembersihan ke atas sungai yang tercemar. - The Star

Yeo Bee Yin, toksik, bahan kimia

Artikel Lain