suria

Calon SPM kini boleh ‘bernafas’

Gambar sekadar hiasan.

KEMENTERIAN Pendidikan mengambil pandangan dan perhatian pihak berkepentingan berhubung Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada tahun ini.

Sehubungan itu, para pelajar secara puratanya akan menduduki dua kertas peperiksaan sehari.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Adzman Talib berkata, pihaknya telah menyemak jadual yang dicadangkan untuk menjadikannya kurang padat bagi menduduki peperiksaan.

"Dalam jadual waktu tentatif, pelajar dijadualkan menduduki peperiksaan sehingga tiga kertas dalam satu hari.

"Kita telah mengambil maklum pandangan semua pihak berkepentingan dengan sebaik mungkin," katanya kepada The Star.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar yang mengambil subjek Fizik, Kimia dan Biologi perlu melengkapkan kertas peperiksaan selama tiga hari.

Subjek-subjek tersebut terdiri daripada tiga kertas setiap satu.

"Saya ingin memberi penekanan bahawa pelajar diberi rehat antara Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi bagi menggantikannya dengan mata pelajaran lain dan cuti hujung minggu," katanya.

Perkara paling umum yang ditimbulkan oleh ibu bapa dan pelajar adalah menjarakkan pengambilan kertas subjek teras dan tidak mempunyai kertas subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi secara berturut-turut.

"Ramai juga tidak mahu Bahasa Melayu dan Perakaunan diletakkan pada hari yang sama," katanya sambil menambah bahawa peperiksaan bagi Perakaunan kini pada hari terakhir SPM. - The Star

SPM, Lembaga Peperiksaan

Artikel Lain