suria

Lelaki pukul budak lekat gula-gula getah pada kereta dikenal pasti

POLIS mengenal pasti lelaki yang dikatakan dirakamkan memukul seorang budak lelaki berulang kali, susulan video tersebut tular pada Isnin.

Menerusi video berdurasi 2 minit dan 10 saat itu, lelaki tersebut dilihat memukul budak berkenaan di belakang lehernya, selepas dituduh meletakkan gula-gula getah pada kereta lelaki itu.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah rumah kebajikan di Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, polis telah menyoal siasat suspek pada Selasa.

"Satu laporan telah dibuat kepada kita pada hari yang sama video tersebut dimuat naik.

"Kita percaya mangsa merupakan penghuni di rumah kebajikan itu," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Mageswaran Thendayuthapan. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain