suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga remaja dipenjara 2 tahun, denda RM60,000 gara-gara miliki penyu hijau

TIGA remaja Filipina dipenjara dua tahun dan didenda RM60,000 setiap seorang kerana memiliki sebahagian badan penyu hijau.

Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Krisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman ke atas Kismaru Rismaru, 18, Butlayan Tabiyanan, 19, dan Abdul Gah­ni Awan, 19, setelah mereka mengaku bersalah.

Mereka juga akan meringkuk dalam penjara lagi setahun jika gagal membayar denda.

Mereka ditahan pada pukul 4.26 pagi, 6 Februari lalu berhampiran Pulau Ligitan, Semporna dengan sebahagian anggota badan penyu tersebut.

Penyu hijau merupakan spesies yang dilindungi.

Awang Krisnada berkata, hukuman itu akan menjadi pengajaran untuk mereka dan orang lain di luar sana. - The Star.

Artikel Lain