suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis berjaya tahan lelaki samun wanita dalam lif MRT

POLIS pada Isnin berjaya menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Cheras, Jalan Cheras kerana disyaki menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira 8.10 malam Isnin.

“Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Khamis lepas, seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dengan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 57 saat memaparkan tindakan suspek memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam lif itu turut tular di laman sosial.- BERNAMA

MRT, Cheras, Rompak

Artikel Lain