suria

Anak Malaysia terbit pentas muzikal lagu Alanis Morissette di New York

Gambar fail Arvind pada 2011.

ALBUM popular penyanyi antarabangsa, Alanis Morissette bertajuk Jagged Little Pill akan dimuzikalkan dan dipentaskan pada persembahan muzikal Broadway di kota New York di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, di mana pembikinannya melibatkan seorang rakyat Malaysia!

Anak kelahiran Malaysia, Arvind Ethan David terlibat dalam projek tersebut dan memainkan peranan sebagai penerbit untuk pentas muzikal itu.

Menerusi akaun Twitternya, Arvind berkata: "Bangun untuk melihat bahawa #JaggedLittleBroadway trending. Rasanya gembira melihat usaha 9 tahun membuahkan hasil."

Arvind bakal menerbitkan pentas tersebut bersama teman-temannya, Vivek J. Tiwary dan Eva Price.

"#JaggedLittlePill adalah lagu-lagu runut bunyi untuk anak-anak muda kita, maka impian menjadi kenyataan untuk membawa kisah yang indah dan menggembirakan ini ke pentas Broadway," kata Arvind, Vivek dan Eva dalam satu kenyataan.

Arvind yang kini berpangkalan di Los Angeles, AS, turut menerbitkan program TV, Dirk Gently's Holistic Detective Agency yang dibintangi oleh Elijah Wood dan Samuel Barnett.

Muzikal Jagged Little Pill akan membawakan lagu-lagu popular Alanis Morissette seperti Ironic, Hand In My Pocket dan You Oughta Know.

Album debut penyanyi kelahiran Kanada itu dikeluarkan pada 1995 dan mengungguli tempat teratas dalam carta album Billboard 200.

Album tersebut terjual sebanyak 33 juta salinan di seluruh dunia, Alanis Morissette memenangi lima anugerah berprestij Grammys dan menjadikannya sebagai salah seorang penyanyi wanita paling berjaya pada era 90an. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain