suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 pendaki hilang di Gunung Batu Putih ditemui selamat (dikemaskini)

Foto Bernama

SERAMAI lapan belas pendaki yang hilang ketika melakukan aktiviti trekking di Gunung Batu Putih di Tapah, Perak ditemukan selamat.

Ketua Polis Tapah, Suprintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mereka ditemui di kaki gunung kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Misi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 4 petang.

Terdahulu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah, Abd Rahman Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12:45 tengah Isnin.

"Terdapat 12 lelaki dan enam wanita dalam kumpulan dan kami telah dimaklumkan bahawa salah seorang pendaki itu patah kaki," katanya.

Gunung Batu Putih terletak di Batu 7, Kuala Wok, di Tapah dan merupakan lokasi mendaki yang terkenal. - The Star

hilang

Artikel Lain