suria

Kenderaan SUV terhumban dalam laut berjaya dijumpai

Pasukan Polis Marin ketika melakukan operasi mencari sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut pada Ahad. - Foto Bernama

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang telah berjaya ditemukan kira-kira 4 petang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kenderaan  itu berjaya ditemukan di kedalaman kira-kira 15 meter di kawasan Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang oleh pasukan penyelam.

"Kereta itu ditemukan berhampiran tiang 34 Jambatan Pulau Pinang, pasukan penyelam akan turun sekali lagi ke lokasi penemuan kereta itu bagi melihat keadaan sebenar kenderaan dan pemandu berkenaan," katanya di George Town pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa insiden kereta terhumban di Jambatan Pulau Pinang anak bongsu 2 beradik

Mangsa insiden kereta terhumban di Jambatan Pulau Pinang anak bongsu 2 beradik

Beliau berkata usaha membawa naik kereta itu sedang dijalankan dan mungkin mengambil masa.

"Kereta itu akan diapungkan sebelum dinaikkan menggunakan kren menerusi Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan SUV  terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal pagi Ahad. - Bernama

SUV terhumban

Artikel Lain