suria

Leonardo DiCaprio beri keterangan di hadapan juri dalam siasatan AS terhadap 1MDB

Leonardo Dicaprio.

PETALING JAYA: Pelakon, Leonardo DiCaprio membuat penampilan rahsia di hadapan juri utama baru-baru ini, bagi memberi keterangan sebagai sebahagian daripada siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berhubung 1MDB, lapor Washington Post.

Menurut sumber-sumber terdekat dengan kes itu, prosiding juri utama adalah rahsia, maka tidak jelas apa yang diberitahu DiCaprio kepada ahli juri utama dan bagaimana pihak berkuasa membawanya ke dalam dan keluar dari mahkamah persekutuan tanpa dikesan.

Laporan itu menambah bahawa pendakwa menganggap DiCaprio seorang saksi yang boleh memberikan pandangan berguna mengenai ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang didakwa telah menyeleweng berbilion ringgit dari dana pelaburan dan kemudian membiayai kempen melobi untuk menamatkan siasatan.

Dicaprio bagaimanapun bukan sasaran siasatan.

Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman (DoJ) AS dan seorang wakil bagi Dicaprio enggan mengulas berhubung perkara tersebut.

Jurucakap Dicaprio sebelum ini berkata, pelakon tersebut bekerjasama dalam siasatan dan "menyokong sepenuhnya semua usaha untuk memastikan keadilan dapat dicapai dalam hal tersebut".

DoJ AS melancarkan siasatan berikutan dakwaan "sepenuhnya menyokong semua usaha untuk memastikan keadilan dilakukan dalam perkara ini."

DoJ AS telah melancarkan satu siasatan berikutan dakwaan kecurian wang rakyat Malaysia, yang kemudian digubah melalui sistem kewangan AS, dan memfailkan tuntutan saman bagi mencari kira-kira AS$1.7 bilion (RM7 bilion) dalam aset yang didakwa dibeli secara tunai.

Dalam saman sivilnya, jabatan itu berkata, lebih AS$4.5 bilion (RM18.5 bilion) dicuri daripada 1MDB oleh pegawai peringkat tertinggi di dana tersebut dan rakan sekutu mereka, antara 2009 dan 2015.

Puluhan juta dolar wang dicuri digunakan pada 2012 oleh anak tiri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz, yang merupakan penerbit filem yang bercita-cita untuk membiayai filem Hollywood The Wolf of Wall Street, dibintangi oleh DiCaprio.

Ratusan juta digunakan, terutamanya oleh Riza dan Low, untuk membeli hartanah mewah di Beverly Hills, New York dan London, lukisan Monet pada harga AS$35 juta (RM144 juta), Van Gogh AS$5.5 juta (RM22.6 juta ), jet Bombardier AS$35 juta (RM144 juta), pegangan AS$100 juta (RM411 juta) dalam EMI Music Publishing, dan kapal layar bernilai AS$250 juta (RM1 bilion).

Polis tempatan telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap Low dan bapanya ke atas wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan dana pelaburan negara yang dilancarkan Najib pada 2009 sejurus selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Portfolionya termasuk loji kuasa dan aset tenaga lain di Malaysia dan Timur Tengah, dan hartanah di Kuala Lumpur. - The Star

Artikel Lain