suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesanan minimum, caj penghantaran Foodpanda kini lebih murah

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan penghantaran makanan antarabangsa atas permintaan, Foodpanda, memulakan tahun 2019 dengan bayaran penghantaran lebih rendah bermula 1 Januari di seluruh negara.

Bayaran penghantaran bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah diturunkan kepada RM3 daripada RM5 manakala bayaran penghantaran bagi Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu dikurangkan kepada RM2.

"Kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia dapat memesan apa-apa sahaja dari kedai mamak hinggalah kepada restoran mewah dan dihantar terus kepada mereka.

"Penurunan harga itu adalah cara terbaik bagi kami untuk menawarkan kepada pelanggan kami nilai yang lebih baik bagi wang mereka apabila memesan makanan kegemaran mereka," kata Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, dalam satu kenyataan, Jumaat.

Selain bayaran penghantaran rendah, pesanan minimum juga diturunkan kepada RM10 di seluruh negara. -Bernama

Foodpanda, caj, penghantaran, murah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga minyak turun!

Artikel Lain