suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas! Angin kencang, laut bergelora sehingga Sabtu

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka terus berlaku di kawasan perairan barat Samui dan Phuket pada Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam Jumaat berkata, angin berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu turut memaklumkan, angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Timur Samui dan Selat Melaka Utara dalam tempoh sama. 

Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Angin berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - Bernama

angin kencang, laut bergelora

Artikel Lain