suria

MBSA mula 'buang' semua papan tanda jalan dua bahasa

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengeluarkan semua tanda jalan dua bahasa dan menggantikannya dengan hanya Bahasa Melayu.

"Tindakan segera telah diambil oleh pegawai kami untuk menukar papan tanda jalan dua bahasa di bandar ini," kata jurucakap MBSA dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penukaran papan tanda akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dijadualkan siap tidak lama lagi, kata kenyataan tersebut.

Tindakan itu segera dibuat  selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa semua tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai bahasa Cina dikeluarkan dan digantikan dengan hanya bahasa kebangsaan sahaja.

Operasi untuk menukar papan tanda itu perlu diselesaikan sebelum 11 Disember.

Pada Isnin gambar papan tanda  jalan di Pekan Subang dengan tuisan bahasa Cina telah menjadi tular di media sosial sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi komen dan perbahasan di kalangan netizen.

Kebanyakan komen di Facebook mahu penggunaan Bahasa Melayu pada semua papan tanda jalan.-The Star

MBSA, papan tanda

Artikel Lain