suria

Ku Nan ditahan SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik Umno itu ditahan ketika beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.15 petang Rabu.

Ahli Parlimen Putrajaya itu akan didakwa di mahkamah berkaitan tawaran tanah yang diragui melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis (15 Nov).

Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat 97 transaksi bernilai RM5.63 bilion, melibatkan 273.27 hektar kawasan DBKL.

Terdahulu , Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan hampir empat jam memberi kenyataannya kepada penyiasat rasuah berhubung projek hibrid solar RM1.25bil untuk sekolah-sekolah di Sarawak.-The Star

Tengku Adnan, Ku Nan, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rosmah dijangka didakwa esok

Artikel Lain