suria

Ejen insurans protes pemotongan bayaran, dakwa tidak adil buat mereka

Protes yang diadakan di hadapan Menara Prudential, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seramai 4,000 ejen insurans Prudential seluruh negara berkumpul di Menara Prudential di Jalan Sultan Ismail bagi memprotes pemotongan 30 peratus bonus dan komisyen.

Protes itu dianjurkan okeh Persatuan Ejen Prudential (Prulia) sebagai jalan terakhir setelah rundingan selama setahun menemui jalan buntu.

Presiden Prulia, Maniraja Chandran berkata, pemotongan yang dilakukan ke atas ejen adalah tidak adil.

"Sebagai usahawan, ejen tidak dibayar mengikut gaji asas.

"Komisyen dan bonus tak pernah dinaikkan sejak berdekad, sekarang mahu potong komisyen dan meningkatkan bonus target, ia tidak adil," katanya.

Chandran mendakwa, Prudential juga telah menyesuaikan bonus berasaskan jualan mereka dengan memperkenalkan Kad Skor Baki (BLC) yang akan mengakibatkan komisen tetap untuk ejen, berubah.

Pemotongan bonus dan komisyen dijadualkan dilaksanakan pada tahun depan.

Sasha Arshad, 47, berkata, dia kecewa dengan keputusan tersebut dan menyifatkan ia tidak adil untuk ejen junior sepertinya.

Dalam satu kenyataan, Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) percaya yang BLC akan meningkatkan penembusan insuran di Malaysia dan pasti dapat memenuhi KPI yang ditetapkan.

"PAMB juga terbuka untuk meneruskan perbincangan," ujar syarikat itu.

 

Prudential, Insuran

Artikel Lain