suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan nafi tarik balik kebenaran cuti tambahan Deepavali

Foto:The Star/ Azhar Arif

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pekeliling menarik balik kebenaran cuti tambahan sempena Deepavali kepada sekolah-sekolah menengah yang memohon.

Kementerian itu dalam kenyataan menjelaskan, kuasa memberi kelulusan cuti peristiwa atau cuti ganti adalah di bawah bidang kuasa Pendaftar Negeri iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan hanya Pengarah JPN boleh meluluskan permohonan cuti tambahan.

“Keputusan berkenaan adalah tertakluk kepada budi bicara Pengarah JPN dari segi enrolmen murid dan guru yang menyambut perayaan Deepavali,” kata kementerian itu bagi mengulas laporan akhbar Malaysia Nanban pada Ahad mengenai cuti tambahan sempena Deepavali, Selasa ini.

Kenyataan itu menyebut sekiranya jumlah cuti peristiwa sekolah telah habis digunakan dan masih inginkan cuti tambahan, pihak sekolah boleh memohon untuk mendapatkan cuti berganti.

"Oleh itu, sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan pelajar kaum India yang ramai boleh memohon cuti tambahan daripada Pengarah JPN masing-masing,” menurut kementerian itu.

Menurut kenyataan itu. bagi sekolah-sekolah di kawasan Gombak, Selangor seperti yang dilaporkan akhbar itu, Pengarah JPN Selangor telah memberi jaminan akan meluluskan permohonan cuti tambahan yang dipohon.

Sehubungan itu, sekolah-sekolah terbabit perlu berhubung dengan pejabat Pengarah JPN Selangor pada Isnin. - Bernama

Deepavali, sekolah cuti

Artikel Sebelum

Khitan: Selamat atau tidak?

Artikel Lain