suria

Ka Siong presiden baharu MCA

Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR: Timbalan presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kini merupakan presiden MCA yang baharu.

Saingannya dalam pertandingan tiga penjuru, pengerusi bahagian MCA Kluang, Gan Ping Sieu mengakui kekalaha, dan berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Wee di atas kemenangan itu.

"Saya telah menghubungi Dr Wee dan mengucapkan tahniah kepadanya sebagai presiden baharu. Saya berharap beliau akan memimpin ahli-ahli dalam waktu yang mencabar ini dan memupuk bakat-bakat baharu untuk parti," katanya di laman Facebooknya.

Beliau berkata, masa depan MCA kini bergantung kepada Ka Siong.

Ping Sieu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya di atas segala kerja keras dan dorongan mereka dalam tempoh dua bulan lalu.

"Ini adalah kali pertama parti menggunakan sistem pemilihan yang lebih luas. Terdapat lebih banyak ahli yang menyertai pemilihan. Pemilihan yang lebih menarik. Pada masa yang sama, ahli harus menghormati keputusan.

Ping Sieu mendapat sokongan bekas presiden, Tan Sri Dr Chua Soi Lek dalam pemilihan kali ini.

Pemilihan parti juga melihat formula pengundian baharu yang diperkenalkan buat kali pertama.

Kiraan undi masih berjalan, tetapi Ka Siong telah mendahului 356 pusat pemilihan, berbanding Ping Sieu dengan 127 pusat.


Wee Ka Siong, MCA

Artikel Lain