Rafizi tewaskan Azmin Ali di Pahang

KUANTAN: Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menang tipis mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti di Pahang, Sabtu.

Menurut keputusan rasmi dalam laman sesawang www.pemilihankeadilan2018.com, Mohd Rafizi menang dengan memperoleh 2,388 undi, berbeza 90 undi berbanding Mohamed Azmin yang mendapat 2,298 undi.

Mohd Rafizi, yang menggunakan tagline #Reformasi20Tahun pada Pemilihan PKR 2018, menang di lapan daripada 14 cabang di Pahang iaitu Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Rompin, Maran, Jerantut, Bera dan Cameron Highlands.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendapat sokongan di Raub, Pekan, Kuala Krau, Lipis, Bentong dan Temerloh.

Keputusan terkini itu membolehkan Mohd Rafizi merapatkan jurang dengan Mohamed Azmin, iaitu kini hanya kekurangan 92 undi selepas proses pemilihan di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Kelantan.

Berdasarkan keputusan di lima negeri itu, Mohd Rafizi memperoleh 16,226 undi iaitu menang di 44 daripada 75 cabang berbanding Mohamed Azmin yang mendapat 16,318 undi (menang di 31 cabang).

Mohd Rafizi dalam kenyataan kepada media menerusi aplikasi Whatsapps berkata mengucapkan terima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh anggota PKR di Pahang sehingga membantu kemenangannya dan pasukan #Reformasi20Tahun. - BERNAMA

Rafizi Ramli, Azmin Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain