Mangsa berpusing-pusing dalam air - Semasa | mStar

Mangsa berpusing-pusing dalam air

Abd Aziz memberi penerangan kepada pengamal media mengenai enam anggota PPDA JBPM yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang jatuh di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, malam Rabu. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang lemas, diikat pada satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) unit berkenaan termasuk lengkap dengan memakai peralatan menyelam ketika SAR.

Beliau berkata pasukan berkenaan turun ke lombong tersebut pada pukul 9.15 malam Rabu dalam keadaan hujan renyai bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong tersebut ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

“Tiba-tiba air deras berlaku di kawasan itu menyebabkan kesemua mangsa berpusing-pusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam mereka tertanggal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata kesemua mangsa bergelut kira-kira 30 minit, dengan anggota di darat segera cuba membantu menaikkan mereka ke tebing.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 bomba lemas ketika cuba selamatkan remaja di lombong

Abdul Aziz berkata kesemua mereka kemudian berjaya ditarik ke tebing namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memulihkan mangsa dengan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tidak berjaya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat remaja terbabit ditangguhkan ke 7.30 pagi ini, yang akan membabitkan Pasukan Polis Marin dari Pelabuhan Klang.

Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.

Mereka dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. - BERNAMA

bomba , lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain