Doa Najib buat Rosmah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik status terkini di Facebook selepas berita penahanan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Rabu petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah ditahan SPRM

ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit” - Nooryana Najib

Sekadar dua ayat namun sarat dengan mesej untuknya sekeluarga.

“Allah Maha Mendengar, walau sehalus mana bisikan dalam hati yang ikhlas. Jadi jangan pernah berhenti berdoa dan bergantung harap kepada-Nya,” tulisnya.

Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan.

Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan pada 8 Ogos lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula, Khamis. - Sinar Harian

Najib, Rosmah, SPRM

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain