Terperangkap dalam mesin basuh: Bapa saudara budak 3 tahun ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira 11 malam semalam.

"Suspek dipercayai memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dengan niat untuk bergurau menyebabkan mangsa terperangkap kira-kira 20 minit.

"Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam serta polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Beliau berkata suspek kini direman selama empat sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Selain itu, Lim berkata pihak polis telah mengambil keterangan ibu mangsa dan akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Ibu mangsa sebelum ini membuat laporan anaknya itu hilang dan secara tiba-tiba berada di dalam mesin  basuh," katanya.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa berkenaan tular di laman sosial facebook memaparkan  rakaman berdurasi satu minit detik cemas kanak-kanak yang terperangkap di dalam mesin basuh itu diselamatkan oleh orang awam.  -- Bernama

mesin basuh, Bukit Sentosa

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain