suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M akui tidak pernah buat permohonan maaf secara rasmi kepada Anwar

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf terhadap bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dipecat dan ditahan atas kesalahan kelakuan tidak berakhlak dan liwat pada 1998.

"Saya tidak ucapkan kepada dia tentang itu, tapi orang lain meletakkan kata-kata dalam mulut saya kerana mereka mahu saya memohon maaf.

"Tapi, saya tidak pernah memohon maaf secara rasmi terhadapnya," kata Dr Mahathir ketika program temu bual HARDtalk bersama BBC.

Dr Mahathir memberi reaksi kepada hos Zeinab Badawi yang berkata, Anwar sebagai presiden pilihan PKR dalam satu temu bual bersama BBC pada Jun mendakwa perdana menteri itu mengakui telah melakukan kesilapan dan mahu melakukan perubahan.

"Itu pendapat beliau," kata Dr Mahathir. Anwar didapati bersalah kerana kesalahan korupsi dan liwat pada 1999 serta dipenjarakan, tetapi hukumannya di dibatalkan pada 2004.

Dr Mahathir berkata, beliau kesal apabila Anwar terpaksa dipenjarakan, namun beliau tidak harus dipersalahkan kerana hukuman itu ditentukan oleh mahkamah.

Perdana menteri itu juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak terbabit dalam memasukkan Anwar ke penjara. - The Star

Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain