suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir kilat landa lebuh raya LDP

Gambar daripada Facebook Selina Tong.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4.00 petang Selasa mengakibatkan banjir kilat di KM 23.4-KM 24 arah Selatan berdekatan IOI Mall di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Bandar Puteri Puchong dekat sini.

Menurut laman Twitter LDP, kejadian banjir kilat kira-kira 5.00 petang itu disebabkan oleh hujan yang sangat lebat dengan taburan sebanyak 108.5mm.

"Pasukan Kecemasan diarah untuk berada di lokasi bagi membantu pengguna yang memerlukan bantuan segera.

"Setakat pukul 6.07 petang, semua lorong kini boleh dilalui serta banjir kilat mulai surut dan trafik sesak," katanya melalui laman twitter rasminya pada Selasa.

Situasi banjir kilat di lebuh raya LDP. - Facebook Kotaro Minami

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian laman Twitter rasmi @LDPtrafik atau menghubungi talian bantuan LDP menerusi 03-7494 7333.

Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal.

Rakaman banjir kilat berdurasi 30 saat di lebuh raya itu kini tular dalam laman sosial. - Bernama


banjir kilat

Artikel Lain