suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Entah...tak petik nama pun, semua melompat sampai jadi berita” - TMJ

SHAH ALAM: "Entah...tak mention nama pun semua melompat sampai jadi news."

Kata-kata itu menerusi Twitter rasmi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan merujuk kepada status Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Walaupun Tunku Ismail tidak menyebut sebarang nama, dipercayai status itu merujuk kepada kenyataan Syed Saddiq yang memuji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘perfectionist’.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kesempurnaan, apa kata Syed Saddiq-TMJ?

Malah mesej terbaharu Syed Saddiq semalam juga ditujukan kepada Tunku Ismail.

"Ampun Tunku. If we keep on looking backward, we will never be able to move forward.

"Patik will always pray for Tunku’s wellbeing (Ampun Tunku, jika kita hanya memandang ke belakang, kita tidak akan dapat maju. Patik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tunku).” katanya.

Bagaimanapun, Tunku Ismail membalas satu mesej beberapa jam kemudian yang mengatakan beliau tidak menyebut mana-mana nama dalam tweet sebelumnya.

Namun semua ‘melompat’ sehingga menjadi bahan berita.

Beliau juga turut meluahkan rasa sedihnya apabila hanya andaian dibuat untuk dijadikan berita tanpa perlu pengesahan. - Sinar Harian

TMJ

Artikel Lain