Calon bebas tarik diri bertanding di Port Dickson - Semasa | mStar

Calon bebas tarik diri bertanding di Port Dickson

SEREMBAN: Bekas setiausaha agung MIC Datuk S. Kumar  mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Port Dickson.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan seorang peguam dan juga mengambil kira MIC tidak meletakkan calon bagi kerusi tradisi itu yang dahulu dikenali sebagai Telok Kemang, dan Umno juga tidak bertanding.

“Saya telah mengambil inisiatif penuh untuk turun ke peringkat akar umbi di Port Dickson dan seterusnya mendapati bahawa terdapat banyak masalah dan isu dihadapi oleh masyarakat India yang perlu diselesaikan.

“Ini memerlukan jentera yang padu..saya dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkaji perkara ini secara serius,” kata beliau dan menambah beliau menawarkan bantuan dalam usaha menyelaraskan mengenai isu-isu tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober sebagai hari mengundii sementara penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

Penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson itu pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR kembali ke Dewan Rakyat.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS.

Ini adalah PRK keempat sejak PRU14. Tiga pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini ialah bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong, semuanya di Selangor.- Bernama

Port Dickson , Datuk S. Kumar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain