Rosmah ke SPRM lagi - Semasa | mStar

Rosmah ke SPRM lagi

PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil sekali lagi oleh penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu diberikan notis oleh SPRM untuk hadir di ibu pejabatnya pada pukul 10 pagi.

Sumber berkata, pegawai daripada suruhanjaya itu telah menyerahkan surat tersebut pada petang Selasa.

Pada 5 Jun, Rosmah dipanggil oleh SPRM untuk merakamkan keterangan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berkata pada Isnin bahawa siasatan ke atas Rosmah sudah dilengkapkan.

Laporan turut dihantar ke Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Kata Shukri, keputusan untuk mendakwa Rosmah terletak di tangan Peguam Negara.

Pada 20 September, turut dilaporkan SPRM tidak mengarahkan Rosmah untuk didakwa dalam masa terdekat. - The Star

Rosmah Mansor

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Rosmah bayar ikat jamin RM1 juta

Rosmah diikat jamin RM2 juta

Artikel Lain