'Hampir juling mata' siapkan karya mahal 'Sila Duduk dan Jangan Lari' - Semasa | mStar

'Hampir juling mata' siapkan karya mahal 'Sila Duduk dan Jangan Lari'

Potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang bertatahkan swarovski. -foto Instagram @arcacrystalart

PETALING JAYA: Selain hebat beraksi di pentas, darah seni yang mengalir dalam tubuh gitaris kumpulan Sweet Charity ini turut menyerlah di atas kanvas.

Mana tidaknya, potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertatahkan swarovski hasil kerja tangannya nyata menarik perhatian ramai sehingga tular di laman sosial.

Rosli Mohalim, 64, ketika dihubungi mengakui penghasilan karya yang dinamakan 'Sila Duduk dan Jangan Lari' itu bukanlah satu tugas yang mudah.

Malah, proses melekatkan 63,000 biji batu tersebut di atas potret berukuran 4 X 8 kaki itu mengambil masa hampir tiga bulan kerana ia perlu ditampal satu persatu dengan teliti.

"Prosesnya sangat rumit, batuan tersebut akan berkilau jika terkena cahaya lampu, hampir juling mata saya dibuatnya. Kalau terjatuh sebiji pun akan cari balik sebab ia mahal.

"Tambah pula ada lebih 20 warna, mujurlah ada dua tiga orang pembantu sepanjang menghasilkan potret itu.

"Untuk pengetahuan semua, potret itu tidak dilukis sebaliknya dicetak sahaja di atas kanvas, maka selepas itu barulah kami tampal dengan batuan swarovski," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Paparan skrin video Rosli yang tular di laman Facebook.

Menurut Rosli, dia yang sudah lima tahun berkecimpung dalam seni kristal menyifatkan potret Sultan Muhammad V itu sebagai masterpiece buat dirinya.

Selain projek tersebut, dia juga mempunyai idea untuk menghasilkan potret pemimpin lain serta potret binaan ikonik di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas dan potret berunsur Islamik.

Video potret berkenaan yang dimuat naik ke laman Facebook milik Rosli pada Sabtu lalu juga sudah ditonton hampir 200,000 kali dan menerima lebih 4,000 tanda suka (like).

Mengulas mengenai reaksi netizen yang kagum dengan karya tersebut, Rosli ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.

"Alhamdulillah, syukur bila orang tahu mengenai hasil kerja kita, semoga ia mendapat sambutan seperti yang kita harapkan," katanya.

Selain berkecimpung dalam penghasilan seni kristal, Rosli juga masih aktif membuat persembahan muzik.

Ujarnya, dia bersama kumpulan yang dinamakan Rosli Mohalim & Friends sering membuat persembahan pada setiap Selasa malam di Arkib Mara, Kajang.

Untuk rekod, Rosli sebelum ini membarisi kumpulan Sweet Charity bersama Ramli Sarip selaku vokalis, Wahid Warren (bass) dan Rahman Sarbani (dram).

Antara lagu mereka yang masih menjadi siualan sehingga kini ialah Teratai, Zakiah dan Kamelia.

Dalam pada itu, karya kreatif tersebut dihasilkan menerusi syarikat ARCA (Alizar Rosli Crystal Art) yang menampilkan kolaborasi antara pemuzik dan arkitek.

Pihak mereka juga sedang merancang untuk mengadakan pameran melibatkan seni, cahaya dan bunyi dalam skala besar pada masa akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain