suria

Pusat tahfiz terbabit kes cabul diarah tutup - Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengarahkan pusat tahfiz di Kepong yang dikaitkan dengan kes pencabulan sekurang-kurangnya sembilan pelajar oleh pengetuanya agar ditutup.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lagi bertolak ansur dengan pusat tahfiz yang tidak sah di Kuala Lumpur.

"Kami tidak terlalu tegas selama ini setiap kali kami mendengar tempat tertentu digunakan sebagai institusi agama.

"Itu satu pendekatan yang salah," katanya selepas merasmikan pusat meditasi komuniti strata pertama di sini di Menara PT80 pada Selasa.

Khalid berkata, institusi Islamik seperti itu membawa imej agama, tapi kes terbaru itu menunjukkan refleksi yang buruk tentang Islam.

"Kami akan menguatkan peraturan tentang penubuhan rumah-rumah asrama dan pusat tahfiz," kata beliau.

Khalid turut menggesa ibu bapa agar memastikan sama ada pusat tahfiz berkenaan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atau DBKL sebelum menghantar anak-anak mereka. - The Star

pusat tahfiz, cabul

Artikel Lain